Basmala-the-Bismillah-phrase-Arabic-islamic-Calligraphy-31

DEMI ALLAH & RASUL

Assalamua’laikum Saudara & Saudari Yang Dikasihi Dan Diberkati Allah S.W.T,

Latar Belakang

Semenjak kemenangan terbesar kumpulan tertentu semasa PRU13, sebahagian besar rakyat Malaysia telah lupa diri. Perjuangan menentang rasuah dan kelemahan kerajaan bertukar menjadi kebangkitan luahan hati golongan anti-Melayu dan anti-Islam. Sejarah dan kedudukan Melayu semakin banyak dipersoalkan dengan nada sinis dan penuh kebencian menjelang PRU13 dan pasca PRU13, hati, perasaan & aspirasi Melayu mula dicabar. Hak Bumiputera dan orang Islam rancak dipersoal dan giat dihakis.

Realiti Hari Ini

Apa saja perkara berkepentingan Muslim Melayu & Bumiputera diketepikan & dilabelkan sebagai Agenda keuntungan Parti politik tertentu. Undi orang Melayu tidak ada nilai lagi.  Suara mereka tidak lagi diendahkan. Islam mula dipertaruhkan. Identiti Bangsa & Jatidiri mula dimomokan. Ancaman Akidah melalui Gerakan Syiah,  Pluralism, Liberalism, Hak Asasi Manusia menjadikan situasi kini amat getir. Sokongan orang Melayu dipandang rendah oleh SEMUA Parti Politik sejak beberapa tahun yang lalu.

Perlembagaan Malaysia

Disebalik Artikel 153 yang jelas di dalam Perlembagaan dan Artikel 3, Agenda Muslim Melayu tidak ditambah nilai. Penguasa mahupun pembangkang bertambah lalai dan leka dengan amanah. Ahli politik sibuk mengejar undi. Tiada siapa yang mampu membela atau ingin dilihat membela kita. Hanya sekadar melepaskan batuk ditepi tangga. Bukan suapan nasi yang dicari tapi sedikit penghormatan dan pengiktirafan. Apa gunanya kontrak, AP & lesen kalau maruah Agama & Bangsa masih dihina setelah lebih setengah abad Malaysia merdeka.

Penyokong setakat ini

Ko-ordinator

Negeri setakat ini

Komited

PENUBUHAN SEBUAH GERAKAN

MELAYU DI BUMI MELAYU MESTI BERSATU MELALUI SATU GERAKAN RAKYAT! Kita namakan Gerakan Ini sebagai Gerakan153@G153.

G153

G153 Adalah Gerakan Massa @ Gerakan Rakyat yang mewarisi semangat Perjuangan Kesatuan Muda Melayu, Angkatan Pemuda Insaf, Ulama-Ulama, Sultan-Sultan, Pejuang-Pejuang, Pendekar-Pendekar Melayudan juga rakyat biasa yang menentang penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Penubuhan Malayan Union.

Perjuangan

Orang Melayu bukan saja orang asal tetapi menjadi orang Melayu juga sebuah manifestasi atau sebentuk asmilasi sebelum wujudnya Malaysia atau Indonesia bagi semua orang Islam yang menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda dan budaya Melayu sebahagian daripada mereka. MANA MUNGKIN PERJUANGAN MELAYU ITU PERKAUMAN!

Bangsa

Gerakan Rakyat dari Rakyat untuk Rakyat ini berasaskan semangat yang membawa Tanah Melayu Ke Arah Kemerdekaan “Persekutuan Tanah Melayu “1957. Perjuangan Melayu bukan perjuangan KAUM tetapi perjuangan BANGSA. Ia sebuah PERJUANGAN NASIONALIS YANG MEMERDEKAKAN BUMI BERTUAH, NEGARA BERDAULAT DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU.

VISI G153

G153 diilhamkan daripada Perkara 153 di dalam Perlembagaan Negara, hasil daripada Kontrak Sosial sebelum Merdeka. Orang Melayu & Bumiputera harus sedar bahawa ada pengkhianat yang mengambil  peluang atas kelemahan Kerajaan pemerintah untuk mencabar sejarah dan kedaulatan dan kepentingan Melayu di bumi Nusantara, Malaysia. Orang Melayu perlu bangkit dan sedia menentang musuh Agama & Bangsa di dalam negara. Gerakan 153 bukan sebahagian daripada pertubuhan dan Parti Politk. Agenda Melayu melangkaui politik sempit pemimpin yang lupa jatidiri dan sejarah tamadun Bangsanya dan kepentingan Jihad Fisabillilah.

  • Malaysia menjadi Negara Islam yang paling maju dimana Bangsa Muslim Melayu & Bumiputera memimpin kejayaan dari segi sosial-ekonomik dan politik bersama lain-lain bangsa.
  • Orang Muslim Melayu mampu berdiri dengan sendiri tanpa bantuan Kerajaan & Organisasi Politik.
  • Orang Muslim Melayu tidak dipergunakan, dihina dan didiskriminasikan oleh bukan Melayu & Orang Melayu melalui pekerjaan, perniagaan dan kegiatan politik disemua peringkat.
  • Rakyat Malaysia berbilang kaum menerima, memahami, menghormati aspirasi orang Muslim Melayu dan sejarah orang Melayu & Bumiputera di Malaysia.
  • G153 juga ingin membina Jaringan Rakyat orang Muslim Melayu bersama Kaum Bumiputera dan Islam yang lain termasuk NGO, Pertubuhan Politik dan Gerakan Massa.
  • G153 berhasrat untuk menyatupadukan dan mengerakkan orang Melayu menjadi satu kuasa Rakyat yang akan memastikan supaya kepentingan, perasaan, dan maruah  orang Muslim Melayu  tidak dicairkan, dihina, dilemahkan atau dinafikan di atas kepentingan politik sempit, keuntungan perniagaan dan agenda peribadi mana-mana pihak.

    G153
    Penyokong G153

MISI G153

Ini bukanlah satu lagi NGO mahupun sebuah lagi Parti Politik. Ini adalah Gerakan orang Islam & Melayu untuk menuntut mana-mana pihak menghormati & memperkasakan Agenda Islam & Melayu, baik di pihak Kerajaan ataupun di pihak Pembangkang. Ini bukanlah sebuah Gerakan mencari wang ataupun populariti. Gerakan ini tidak dipimpin oleh mana-mana Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Ini adalah Gerakan Rakyat, Gerakan orang-orang Melayu yang bersatu hati sepertimana nenek moyang kita yang menentang Malayan Union dahulu.

Penerangan

Memberi Penerangan dan Kesedaran pada orang Melayu tentang tejarah, kedaulatan dan kepentingannya di Bumi Nusantara ini dan kaitannya dengan perkara-perkara dalam Perlembagaan, Kontrak Sosial dan Tamadun Islam melalui Perhimpunan, Video, Visual, Forum, Ceramah, Mesyuarat dan Bengkel secara terbuka dan sebaliknya.

Pertahanan

Menzahirkan sokongan demi mempertahan Hak, Kepentingan dan Indentiti orang Muslim Melayu dan Bumiputera.

Perpaduan

Menyatupadukan Orang Muslim Melayu Tanpa Mengira Usia, Negeri, Darjat Keturunanan Pangkat, Dan Parti Politik.

G153 PERLUKAN ANDA!

Ini bukanlah Gerakan yang akan membuat Sidang Media setiap minggu untuk disiar di dalam Media Perdana. Ini adalah Gerakan yang akan bercerita mengenai Keutuhan Islam & Melayu di kedai-kedai minum, rumah-rumah orang, bawah jambatan, dalam hutan, dalam Masjid, tepian jalan, tempat gelap mahupun terang; untuk menerangkan kepada Anak Bangsa betapa pentingnya Perjuangan Nasionalis ini. Khasnya kepada anak-anak kita yang masih muda. Ini bukanlah Gerakan yang akan membuat Demonstrasi 100 Orang untuk mencari Populariti, TETAPI… Inilah Gerakan yang akan, pada suatu hari nanti, di suatu tempat dan masa yanga AKAN menggerakkan JUTAAN Umat Islam Melayu untuk mengumumkan kepada Dunia & Politikus bahawa orang Islam Melayu masih PENTING!

SOKONG G153

Tunjukkan komitmen anda kepada Agama, Bangsa dan Negara.

SOKONG

Nama Anda (diperlukan)

Alamat E-mel (diperlukan)

Mesej Anda

RANGKAIAN G153

The Patriots
Kedai & Perkhidmatan Muslim